Showing posts with label SEKOLAHKU. Show all posts
Showing posts with label SEKOLAHKU. Show all posts

Wednesday, January 1, 2014

IKRAR PELAJAR SKBJ


PIAGAM SEKOLAH


PROFIL SEKOLAH


SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT JEJULONG, 
21600 MARANG, TERENGGANU,
TERENGGANU DARUL IMAN.

EMAIL 
tba4011@yahoo.com
TELEFON
09-6182900
FAKS
096182651
KOD SEKOLAH 
TBA4011
      GRED       
 A - SESI PAGI
JENIS BANTUAN 
 SEKOLAH KERAJAAN
     LOKASI      
 LUAR BANDAR
BILANGAN MURID SEMASA 
313 ORANG
BILANGAN KELAS
13 BUAH
BILANGAN GURU 
 29 ORANG
BILANGAN BUKAN GURU 
4 ORANG


VISI & MISI SKBJ


LAGU SKBJ

ILMU PANDUAN HIDUP

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT JEJULONG
CERIA DAN SELESA TEMPAT ILMU DITUNTUT
FALSAFAH PENDIDIKAN TERAS DIJUNJUNG
MEMBENTUK INSAN BERMUTU.

KAMI BERIKRAR AKAN BELAJAR SUNGGUH
BERSAMA MENJULANG NAMA SEKOLAHKU
KEPADA AYAH IBU MEMOHON RESTU
JASAMU TERIMA KASIH CIKGU

"ILMU PANDUAN HIDUP"
TERCIPTA MOTO YANG UNGGUL
LAHIRKAN ANAK WAWASAM
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT JEJULONG

Lagu Oleh : En. Azman Bin Abdullah
Lirik Oleh : En. Mat Saidi Bin Yusof

Sejarah Penubuhan SKBJ

Sekolah Kebangsaan Bukit Jejulong atau ringkasnya dipanggil SKBJ telah dibina pada 15 November 1952. 
Pada awal penubuhannya ia dikenali sebagai Sekolah Rakyat iaitu sekolah yang dibina di atas tanah kepunyaan penduduk tempatan. Ia dibina berdasarkan kesedaran yang tinggi dalam kalangan penduduk setempat iaitu betapa pentingnya ilmu pengetahuan untuk dijadikan sebagai bekalan untuk generasi yang akan bakal menjelma khususnya untuk anak-anak penduduk setempat . 
Namun begitu gaji guru dibayar oleh pihak kerajaan. Buat pertama kali sekolah ini dibuka, hanya terdapat seorang guru sahaja iaitu Encik Ismail Bin Haji Osman yang mula berkhidmat pada 4 Januari 1953. Beliau merupakan guru besar yang pertama di SKBJ iaitu setelah melaporkan diri dan dilantik secara rasmi. 
Sehingga bulan Febuari 1953 hanya terdapat 3 orang tenaga pengajar sahaja dan 28 orang murid. 
Namun bagi mendidik generasi tersebut, pihak tenaga pengajar berusaha mendidik pelajar bagi memenuhi permintaan masyarakat setempat. 
Walaubagaimana pun tanah tersebut telah dibeli oleh kerajaan atas desakan dan permintaan masyarakat kampung bagi membangunkan lagi sekolah tersebut. Bangunan yang baru agar dapat menampung pelajar. Pada masa sekarang SKBJ sudah membangun dan rata-rata penduduk menghantar anak-anak mereka di sekolah ini bagi mendapatkan ilmu pengetahuan.
Terdapat seramai 29 orang guru dan 4 orang pegawai pelaksana dan termasuk pekerja swasta .
Sudah menjadi satu kemestian dan harapan semoga SKBJ akan dapat melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang lebih ramai lagi pada masa yang akan datang dan melahirkan pelajar yang mampu menjulang nama baik dalam bidang akademik mahupun bukan akademik.
Insya Allah.