Sunday, November 5, 2017

ISRAK bererti Allah membawa atau memperjalankan Nabi Muhammad SAW pada malam hari dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa di Palesin.
MIKRAJ pula perjalanan Nabi Muhammad SAW dari bumi (dari Masjidil Aqsa) naik ke langit.

Daripada peristiwa Israk Mikraj ini terdapat beberapa hikmah yang terkandung di dalamnya beberapa pengajaran yang amat berguna sekali untuk umat islam; Diantaranya ialah : 


1- Agar manusia sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah , baik dikala ditimpa kesusahan maupun kesusahan. Ini kerana hanya Allah sahajalah yang mampu memberikan pertolongan dan menghilangkan segala kesedihan serta kesusahan pada diri manusia, sebagaimana Nabi Muhamad saw telah ditimpa beberapa musibah sebelum terjadinya Israk Mikraj. Ia memberi pengajaran kepada kita agar sentiasa mendekatkan diri kepada Allah sewaktu mendapat musibah dan permasalahan dalam kehidupan. 

Caranya tentu sahaja dengan melaksanakan yang diperintahkan dan menjauhi semua larangan-Nya. Disamping terus meningkatkan ketakwaan dan amal ibadah . Ternyata apabila Jibril mengajak Nabi  Saw berangkat dan keberangkatan itu adalah untuk menemui Allah. Alangkah gembira hati Rasullulah saw , sehingga ia lupa segala masalah yang berlaku , tidak dihiraukan lagi kegelapan malam dan jauhnya perjalanan yang bakal ditempuhi itu. 


2- Dalam perjalanan Israk dan Miraj tepatnya sewaktu Nabi Muhamad saw diajak meninjau keadaan neraka. Baginda ditunjukkan berbagai penyeksaan yang amat dahsyat sedang dialami oleh berbagai kaum akibat dari bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan di dunia. Misalnya baginda bertemu dengan satu kaum yang memecahkan kepala mereka dengan batu besar. Setelah pecah ia kembali lagi seperti sediakala. Malaikat Jibril menyatakan mereka ini orang yang berat kepalanya mengerjakan solat . Nabi Muhamad saw juga melihat lain-lain bentuk penyeksaan bagi pemakan riba,penzina,orang yang suka memfitnah dan lain-lain. Ini semuanya memberi teladan dan iktibar agar kita yang hidup di dunia ini tidak melakukan perbuatan tersebut dan lain-lain perbuatan yang jelas dilarang oleh Allah swt. 


3- Mendapat perintah solatsebagai satu bentuk ibadah. Sesungguhnya kewajipan solat berbeza dengan kewajipan-kewajipan yang lain seperti puasa,zakat dan haji. Lantaran itu kewajipan solat disampaikan oleh Allah swt secara langsung kepada nabi Muhamad saw , tanpa melalui perantaraan malaikat Jibril. Solat merupakan amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak. Ini menunjukkan bahawa solat memiliki kelebihan berbanding ibadah-ibadah yang lain. Kita harus bersyukur kerana melalui ibadah solat, seseorang muslim berpeluang untuk berdialog terus dengan Allah. 


4- Memperlihatkan kebesaran Allah swt sebagai pencipta, agar keyakinan terhadap kekuasanan-Nya benar-benar tubuh di dalam jiwa manusia . Sesungguhnya Allah swt yang menciptakan alam yang serba luas dan indah ini, Dalam Israk Miraj Allah swt memperlihatkan kepada Nabi Muhamad saw akan keagungan dan pelbagai keajaiban ciptaan-Nya yang terdapat di alam lain, seperti Sidratul Muntaha,Arasy,Syurga dan lain-lain lagi. 


Adalah diharapkan umat islam yang memperingati peristiwa israk dan mikraj saban tahun tidak sekadar terikut-ikut atau cuma memperingati tanggal berlakunya peristiwa tersebut, tetapi kosong tanpa penghayatan. Apa yang penting , berbagai hikmah yang terkandung di dalamnya hendaklah direnung dengan teliti. Agar nanti dapat memberi nilai tambah dalam kehidupan, baik dalam usaha meningkatkan ketakwaan dan prestasi ibadah kepada Allah maupun untuk peningkatan ilmu pengetahuan dalam menghadapi dunia yang semakin mencabar ini . 










Tuesday, May 9, 2017

PERTANDINGAN SUKANEKA & RUMAH SUKAN CANTIK 2017

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.....Semoga berjumpa lagi di sukaneka tahun hadapan....

Johan sukaneka   
Rumah Biru

Naib Johan 
Rumah Merah 

Tempat ketiga
Rumah Kuning

Tempat keempat 
Rumah Hijau

Johan Rumah Sukan Cantik
Rumah Biru

Naib Johan Rumah Sukan Cantik
Rumah Hijau

Tempat Ketiga Rumah Sukan Cantik
Rumah 

Corat-coret sepanjang sukaneka berlangsung.....



Sunday, February 5, 2017

PERASMIAN JOM KE SEKOLAH DAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH SESSI 2017

OBJEKTIF "JOM KE SEKOLAH"

1- Menambah minat murid hadir ke sekolah.
2- Mengubah sikap sekolah adalah tempat paling digemari.
3- Meningkatkan pencapaian akademik.








Monday, January 16, 2017

MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH SK BUKIT JEJULONG

Pada 16 Jan 2016 , Isnin telah berlangsung kejohanan merentas desa peringkat sekolah ...  Tahniah kepada semua guru dan murid SKBJ yang menjayakan kejohanan merentas desa ini.. Tahniah juga di ucapkan kepada semua pemenang.